Wednesday 23 November 2011



Setiap hela nafas adalah isyarat untuk rindu, cinta dan kasih.. Izinkanlah hela nafas itu menjadi nikmat untuk aku bersyukur dan berdoa memohon keampunan...

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami dan kurniakanlah kami kesejahteraan di dunia dan akhirat..."

Tuesday 22 November 2011

Bola Sepak

Assalamualaikum...

Pertamanya TAHNIAH DAN SYABAS buat pasukan anak muda atau Harimau Muda Malaysia yang telah berjaya mendapatkan pingat emas dalam sukan SEA kali ini... Seluruh rakyat Malaysia tampak bersatu dan berbangga dengan kejayaan pasukan bola sepak kita... Hanya seminit selps gol kemenangan, Facebook Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz telah mengucapkan Tahniah buat pasukan Malaysia.... Jadi pd pandanganku bola sepak mampu membuatkan semua rakyat duduk bersatu menyokong walaupun berbeza fahaman politik dan sebagainya...

Itu dari sudut sokongan, tapi apa yang buatkan aku lebih berbangga adalah bagaimana kuatnya semangat anak muda kita melawan tekanan yg diberi oleh pasukan lawan dan penyokong2nya melalui media dan sebagainya sehingga menghasilkan kemenangan yg penuh dramatik ini.... 

Apa yang boleh aku simpulkan sebaik wisel kemenangan ditiup adalah... "Mereka yang menang adalah mereka yang berjaya melawan tentangan dan tekanan..." Dan aku mengambil perkara tersebut sebagai iktibar dalam mengharungi kehidupan.. Apa yang tidak dilalui oleh pasukan anak muda tersebut, dikritik, dipersenda, diperlekeh, dipandang rendah, ditekan dengan pelbagai tanggapan namun mereka nampak sungguh tenang di padang selama bermain 2 jam sedangkan mereka berusia bawah 23 tahun tetapi ketenangan dan kematangan jelas terserlah... ( Walaupun mereka kalah aku akan tetap mengatakan hal ini kerana itulah yang terlihat sebentar tadi...)

Janggal ke aku bercerita pasal bola, seorang wanita berusia pun berminat tengok bola sepak.... namun aku menonton lebih dari sekadar permainan bola sepak... Kehidupan kita juga adakalanya ibarat sebuah permainan, penuh dengan dugaan, ujian, tentangan, tekanan... namun bagaimana cara kita melalui dan mengatasinya, itulah penentu "kemenangan atau kekalahan" kita.... Dan mudah2an kita bukan saja berjaya di sini namun apa yang lebih penting dan utama adalah kemenangan kita di sana....

Kita tidak perlu terkejut apakala menghadiah sebatang pena kepada orang bebal lalu dia memakai pena tersebut untuk menulis cemuhan kepada anda, dan kita jangan terkejut apabila kita memberi sebatang tongkat kepada si penggembala kambing lalu dia memukulkan tongkat tersebut ke kepala kita... Begitulah watak sebilangan manusia yang tidak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri... Mudah2an kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang tidak bersyukur...

Aku menutup coretanku di pagi yang hening ini dengan Firman Allah didalam surah An-Nahl ayat 1..
  
"Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu minta untuk disegerakan..."

Monday 21 November 2011

Salam Perkenalan....

Assalamualaikum..

Salam diberi tanda perkenalan... mgkn ramai yg dah kenal nama Zalisma Ismail tapi tak ramai yg kenal diri ini. 

Aku adalah seorang muslim, seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, seorang majikan, seorang kakak, seorang kawan dan seorang ahli masyarakat... Setiap peranan tersebut membawa ceritanya tersendiri...

Entah kenapa sejak 2-3 mggu ini hati meronta-ronta nak create blog sendiri padahal bkn ada bnyk masa sangat pun.. tp mgkn disebabkan terlalu bnyk peristiwa berlaku dalam tempoh sebulan dua nii menyebabkan tiba2 aku rasa perlu satu medium utk merekodkan setiap apa yg berlaku untuk tatapan aku sendiri dan untuk aku mengambil iktibar dari setiap yang berlaku....


Maka hari ini, dengan sedikit masa senggang di pagi isnin ini, aku mencuri sedikit masa untuk menghasilkan blog dan entri aku yg pertama....